Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan menyerahkan sumbagan kepada 300 mangsa banjir di KAFA Ubudiah Al Jariah, Taman Guru, di Kuantan hari ini

KUANTAN – Seramai 300 mangsa banjir di kawasan Taman Guru dan Kampung Telik Mahang di sini menerima bantuan banjir daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, sumbangan berjumlah RM118,000 itu merupakan sebahagian daripada RM2.7 juta peruntukan bagi Program Bantuan Banjir YAPEIM 2025.

Menurutnya, YAPIEM menyerahkan bantuan tunai bernilai RM100 dan bantuan 300 pek foodbank bernilai RM100 kepada mangsa banjir terbabit.

“Bantuan yang merupakan inisiatif Program Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI (Hal Ehwal Agama). Kita buktikan dengan sebaiknya kita dapat menyampaikan bantuan dengan agensi-agensi dan jentera di bawah Kerajaan Madani sebagai sebuah pasukan,” katanya.

Dr. Zulkifli Hassan

Zulkifli berkata demikian sejurus menyampaikan bantuan di KAFA Ubudiah Al Jariah, Taman Guru di sini hari ini.

Menurutnya, agihan bantuan tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Untuk rekod setakat ini, sejumlah YAPIEM telah membelanjakan RM500,000 daripada RM2.7 juta bagi bantuan banjir di seluruh negara.

YAPEIM merupakan satu daripada agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Yayasan

Taqwa Wilayah Persekutuan dan TV Al Hijrah terbabit secara langsung dalam misi bantuan banjir ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast