Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dana Inovasi Media (DIM) yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 mendapatkan sambutan memberangsangkan daripada organisasi media tempatan.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, seramai 34 daripada 50 organisasi media tempatan yang membuat permohonan diluluskan bagi Fasa 1 yang dibuka pada 1 hingga 14 Januari lalu dengan jumlah pembiayaan RM10.3 juta.

Katanya, Fasa 2 yang dibuka antara 9 hingga 22 Febuari lalu turut menunjukkan momentum positif dengan penyertaan 19 organisasi media.

Tambahnya, perkembangan tersebut memperlihatkan kesungguhan pemain industri untuk terus berinovasi serta menyesuaikan model perniagaan dengan keperluan dan realiti perniagaan semasa

“Keputusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan dana disalur secara berimpak tinggi, telus dan memberi manfaat langsung kepada pembangunan kapasiti industri termasuk aspek teknologi, kandungan dan pembangunan bakat,” katanya ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet.

Fahmi berkata, Fasa Ketika akan bermula Ahad ini hingga 14 Mac depan.

Katanya lagi, kerajaan yakin inisiatif tersebut akan membuka lebih banyak peluang untuk organisasi media terutama tempatan berkembang dan menyumbang kepada penyampaian maklumat yang tepat, berintegriti, beretika dan berkualiti kepada rakyat.

“Dana ini bukan hanya bertujuan memperkukuh keupayaan organisasi media melalui penerapan teknologi baharu, pembangunan kandungan berkualiti serta peningkatan kemahiran tenaga pekerja malah menjadi pemangkin kepada ekosistem media yang lebih mampan, progresif dan berdaya saing terutama pada ketika pelbagai perubahan edang melanda sektor media,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi pelaksanaan dana ini dengan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi setiap pemohonan media tempatan yang mana tertakluk kepada penilaian jawatankuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast