Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menunjukkan tabung masjid dalam kes curi duit tabung masjid di pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 2 Mac 2026.

SHAH ALAM – Geng curi tabung Masjid Kristal, Seksyen 7 di sini yang berjaya diberkas baru-baru ini akan dituduh di mahkamah esok.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, keempat-empat suspek bakal berdepan tuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman kesalahan mencuri di dalam bangunan seperti rumah kediaman, tempat simpanan harta atau tempat penjagaan harta.

“Siasatan mendapati motif geng ini hanya mencuri wang tabung masjid, tidak ada niat provokasi yang bersifat lain-lain,” katanya katanya ketika sidang media hari ini.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas masjid berkenaan memuat naik hantaran di laman sosial Threads berhubung kecurian tabung besi yang berlaku sekitar 4 pagi.

Turut tersebar penemuan dipercayai tabung berkenaan di sekitar kawasan Seksyen 13, di sini.

Kemudian, dilaporkan polis menahan empat suspek berusia 17 hingga 26 tahun yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4 dan D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dengan kerjasama Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25 di sekitar Lembah Klang pada 22 dan 24 Februari lalu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sultan Selangor puji tindakan pantas tahan pelaku curi tabung masjid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast