TANGKAP layar video kemalangan membabitkan pemandu mabuk yang berlaku di Kajang awal pagi tadi. - Sumber media sosial.

KUALA LUMPUR – Satu lagi kemalangan melibatkan pemandu mabuk berlaku awal pagi tadi di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di bawah pengaruh alkohol merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan enam individu cedera.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Range Rover Velar 2.0 dan sebuah Mazda E1800 Wagon.

Ujarnya, SUV terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah van sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di bahu kiri jalan.

VIDEO BERKAITAN 

@malaysiagazette

Satu lagi kemalangan melibatkan pemandu mabuk berlaku awal pagi tadi di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih, dekat sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di bawah pengaruh alkohol merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan enam individu cedera. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Range Rover Velar 2.0 dan sebuah Mazda E1800 Wagon. MalaysiaGazette PemanduMabuk Video : FB Bandar Teknologi Kajang

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

“Pemandu SUV tidak mengalami kecederaan, namun pemandu MPV serta lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, hasil siasatan mendapati pemandu SUV berusia 51 tahun berkenaan positif alkohol dan kini direman dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun serta didenda antara RM30,000 hingga RM50,000,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast