Tangkap layar menunjukkan suspek menyerang kedua-dua mangsa menggunakan objek tajam.

BUTTERWORTH – Seorang lelaki yang diburu polis sejak Ahad lalu kerana disyaki terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan parah terhadap dua individu di Jalan Besar Telok Ayer Tawar di sini, ditahan hari ini.

Suspek berusia 47 tahun itu diberkas kira-kira jam 4 petang di hadapan sebuah gerai di Butterworth di sini, selepas dipercayai melarikan diri sejurus kejadian yang berlaku pada 12 April lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, difahamkan suspek bertindak mengamuk di hadapan sebuah rumah sebelum mengejar beberapa individu di kawasan berkenaan.

Suspek dipercayai menyerang seorang lelaki menggunakan objek dipercayai parang sehingga menyebabkan mangsa hampir putus tangan kiri, manakala seorang lagi mangsa yang cuba membantu turut diserang, namun hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 31 saat yang memaparkan seorang lelaki bertindak menyerang dua individu di atas motosikal masing-masing di hadapan sebuah rumah sebelum bertindak melarikan diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast