File picture

KUALA LUMPUR – Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana bahan api itu adalah nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, walaupun jumlah populasi hanya 5.97 juta orang tetapi ia mempunyai keluasan geografi 60% lebih besar daripada Semenanjung dan bentuk muka bumi yang mencabar, penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan lebih bergantung kepada penggunaan diesel.

Menurutnya, kawasan pedalaman yang luas dengan bentuk muka bumi mencabar mengehadkan akses jalan raya.

Berikutan itu, penduduk bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan berat seperti pacuan empat roda.

Selain itu, liputan elektrik dan infrastrukturnya tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar.

Jadi, katanya, diesel menjadi sumber tenaga utama bagi kehidupan harian.

“Penggunaan diesel sekitar 2 bilion diesel dengan harga dikekalkan pada RM2.15 seliter bagi menyokong keperluan rakyat di wilayah tersebut,” katanya menerusi Facebook.

MOF menambah, diesel digunakan secara meluas di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk penjanaan elektrik dan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan.

“Pelaksaan subsidi diesel bersasar memberi penekanan kepada keperluan penggunaan dan prinsip kesamarataan bagi memastikan keberkesanan agihan kepada rakyat Malaysia,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast