Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas bernilai AS$14.57 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Quay Chew Soon dalam penghakimannya memerintahkan Rosmah membayar jumlah ganti rugi tempoh sebulan bermula hari ini kepada Global Royalty Trading SAL.















