Oplus_16908288

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala seorang lagi berjaya diselamatkan ketika mandi di sebuah Sungai Senibong di stesen minyak di Taman Bayu Senibong di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Saiful Bahari Mahpop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.30 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan BBP Skudai dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), sebuah Hilux serta sebuah bot.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati terdapat dua mangsa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kejadian.

Beliau berkata, Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) turut dimaklumkan dan sedang dalam perjalanan ke lokasi bagi membantu operasi SAR.

Operasi membabitkan seramai 17 anggota dan usaha mengesan mangsa yang hilang masih diteruskan.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas yang masih hilang masih dilakukan pihak bomba di Sungai Senibong, Taman Bayu Senibong, Johor Bahru hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast