Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR – Semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diseru melaksanakan amanah yang diberikan rakyat dengan adil serta mengutamakan kepentingan semua tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, selepas keputusan pilihan raya dimuktamadkan, tumpuan bukan lagi kepada persaingan politik, sebaliknya kepada tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Politik mempunyai ruang dan waktunya. Sewaktu berkempen, persaingan mungkin sengit, namun setelah keputusan dimuktamadkan, yang dituntut bukan lagi persaingan, tetapi amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu beliau mengajak semua pihak menerima keputusan PRN dengan hati terbuka serta menghormati mandat yang telah diberikan rakyat.

Beliau berkata, setiap wakil rakyat kini memikul tanggungjawab mewakili seluruh penduduk di kawasan masing-masing tanpa mengira fahaman politik.

“Amanah yang dipikul ialah untuk berlaku adil, mendengar suara rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua. Keperluan rakyat tidak mengenal warna parti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Reformasi yang paling utama ialah menunjukkan PMX untuk melerakkan jawatan kerana kelemahan tata kelola KWAP enyebabjan scam rm200j

Comments are closed.