Mureli (depan) dan isterinya, Mary (belakang) dihadapkan ke Mahkamah Mejistret Kluang hari ini atas tuduhan bersama seorang (menutup muka dengan tangan) rakan mengedar

KLUANG – Tiga termasuk pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majestrit di sini hari ini atas dua pertuduhan edar dadah jenis heroin dan methamphetamin seberat 24 kilogram, pertengahan bulan ini.

Tertuduh Mureli Kamalanthan, 47, Mary Murugaiah, 44, dan Adwin Nicholas Xavier, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Majestret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh dituduh secara bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki jenis heroin dengan anggaran berat kasar 17,770 gram dalam bilik sebuah rumah di Kampung Gajah, Jalan Mersing pukul 5.20 petang pada 13 Ogos lalu.

Dengan kesalahan itu, ketiga-tiga tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 kali.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga tertuduh dituduh melakukan kesalahan di tempat, tarikh dan masa yang sama iaitu mengedar dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamin anggaran berat kasar 6,687 gram.

Dengan kesalahan itu semua tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 kali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman kemudiannya tidak menawarkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Oktober ini untuk sebutan semula kes.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here