Ab Rauf pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka, Alor Gajah hari ini.

ALOR GAJAH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berseloroh dengan sistem kecerdasan buatan (AI) ‘didikannya’ sejak dua tahun lalu yang dikenali sebagai ‘Joe’ mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang.

Dalam perbualan berkenaan, Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka bertanya kepada ‘Joe’ mengenai kemungkinan BN dan PN bergabung pada pilihan raya negeri (PRN) tahun ini.

‘Joe’ kemudian menyifatkan gabungan berkenaan sebagai ‘formula paling selesa’ kerana undi Melayu tidak berpecah dan jentera akar umbi menjadi lebih padu.

“Kalau itu berlaku, itu memang formula paling selesa. Sebab undi Melayu jadi tak pecah dan jentera akar umbi jadi lebih padu. Soalnya cuma agihan kerusi dan penerimaan akar umbi.

“Kalau itu dapat diselesaikan, laluan memang lebih mudah,” jawab ‘Joe’ yang mencetuskan gelak tawa hadirin.

Ab Rauf menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka, Alor Gajah hari ini.

Ab Rauf kemudian meneruskan perbualan dengan bertanya parti mana yang kuat pada pilihan raya akan datang, sebelum ‘Joe’ meminta sedikit masa untuk melihat ‘bacaan terkini’.

“BN masih atas sekali sebab rekod dia di Selatan memang kuat dan momentum Johor pun bagi mereka kelebihan,” kata AI itu.

Menurut ‘Joe’, pencabar sebenar BN ialah PN yang berupaya mengganggu undi Melayu sekiranya semua parti bergerak secara bersendirian, manakala Pakatan Harapan (PH) pula masih mempunyai sokongan di kawasan bandar tetapi sukar untuk muncul sebagai parti nombor satu sekiranya keadaan kekal seperti sekarang.

Perbualan berseloroh itu berlaku ketika Ab Rauf berucap mengenai perkembangan sistem AI hari ini sebagai rujukan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here