Tangkap layar video tular kekasaran terhadap kanak-kanak di sebuah Taska di Mentakab, Temerloh.

KUANTAN – Polis siasat insiden kekasaran terhadap kanak-kanak di sebuah Taska di daerah Temerloh selepas tular klip rakaman video kejadian terbabit di media sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 6 petang semalam.

“Polis terima laporan dibuat ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang dihantar ke pusat asuhan di salah sebuah taska di daerah ini.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya telah menerima layanan yang kasar oleh pengasuh di sebuah Taska di Mentakab,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Susulan itu, Mohd Nasyim berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here