Bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta pegawai perubatan yang dilantik secara tetap di bawah pengambilan fasa kedua supaya melapor diri bertugas selewat-lewatnya pada 7 Oktober ini, ketika proses penempatan masih sedang dijalankan.

Kementerian itu berkata, proses melapor diri bagi pegawai perubatan Gred UD10, yang pelantikan tetap mereka berkuat kuasa pada 28 September lalu, masih berlangsung.

Menurutnya, fasa kedua itu melibatkan 4,255 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement.

“Proses melapor diri di fasiliti penempatan masing-masing masih berlangsung dan belum selesai,” kata kementerian itu dalam kenyataan, hari ini.

KKM menggesa semua pegawai yang masih belum melapor diri supaya berbuat demikian dengan segera di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing sebelum tarikh akhir 7 Oktober.

Kementerian itu turut meminta semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan awal ketika proses penempatan masih giat dilaksanakan.

“Kementerian meminta semua pihak memberikan ruang agar proses penempatan dapat berjalan dengan lancar,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here