Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengendalikan jentera pemadat bagi melupuskan barang kes dalam proses pelupusan di IPD Brickfields, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 12,230 unit barang kes bernilai RM279,490 serta wang tunai RM3,481 dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pelupusan itu membabitkan 145 kertas siasatan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah bagi tempoh 2016 hingga tahun ini. 

“Daripada jumlah itu, 74 kertas siasatan membabitkan barang kes am, 45 kertas siasatan membabitkan barang kes noda/hiburan, 17 kertas siasatan berkaitan perjudian dan sembilan lagi melibatkan barang kes kontraban,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pelupusan itu turut membabitkan 166 unit barang kes daripada lapan kertas siasatan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) bagi tempoh 2025 hingga 2026.

Katanya, kesemua barang kes berkenaan telah mendapat Perintah Pelupusan Barang Kes mengikut peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

“Proses pelupusan dilaksanakan mengikut tatacara dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan setiap barang kes diuruskan secara teratur, selamat dan berintegriti.

“Langkah ini turut mencerminkan komitmen PDRM dalam memastikan pengurusan barang kes dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here