Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP didakwa tidak kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri atau sebaliknya,

Parti itu, menurut Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi hanya mahu jawatan peguam negara dan menteri kewangan ditentu olehnya sahaja.

Ini kerana, ia merupakan dua jawatan paling berpengaruh.

“Peguam Negara akan menentukan kertas siasatan SPRM lengkap atau tidak. Dia juga akan menentukan seseorang akan didakwa atau tidak.

“Bahkan peguam negara juga berkuasa menggugurkan pertuduhan terhadap seseorang seperti kes Lim Guan Eng,” katanya yang mengulas mengenai pertemuan Lim Kit Siang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Mohd Puad berkata, meskipun ada yang mendakwa kedua-duanya berbincang mengenai kedudukan Anwar sebagai perdana menteri kerana penasihat DAP itu pernah ugut Dr Mahathir akan bersara terus dari politik jika Anwar tidak dilantik dengan jawatan tersebut.

Tetapi, beliau mendakwa, apa yang dibincangkan adalah sebaliknya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menambah, Kit Siang juga mahu jawatan menteri kewangan kekal pada DAP.

“Maka banyaklah agenda mereka tercapai. Sekarang ini Guan Eng banyak menjual aset yang melibatkan kepentingan Melayu seperti aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional.

“Maka dengan dua jawatan tersebut sahaja, sudah memadai DAP menjadikan Kerajaan PH sebagai boneka mereka,” menurut Mohd Puad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast