WASHINGTON – Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) telah menyelesaikan dakwaan rasuah asing terhadap bekas eksekutif Goldman Sachs Inc Inc (GS.N), Tim Leissner atas penglibatannya dalam skandal rasuah berjuta-juta dalam 1MDB.
SEC telah melarang Leissner secara kekal terlibat dalam industri sekuriti kerana melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan didakwa menerima lebih daripada AS$ 43 juta sebagai pembayaran yang tidak sah.
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Leissner bersetuju dengan perintah SEC bahawa dia telah melanggar antirasuah, kawalan perakaunan dalaman dan buku serta peruntukan undang-undang sekuriti persekutuan.
Dalam menyelesaikan kes itu, Leissner diarah untuk mengembalikan semula sejumlah AS#43.7 daripada yang diperoleh dari hasil yang tidak sah itu.
Jumlah itu akan diimbangi dengan wang yang dibayar sebagai sebahagian daripada tindakan Jabatan Keadilan AS, yang mana pada November 2018 pertuduhan jenayah difailkan terhadap Leissner dan pegawai Goldman, Roger Ng.
Leissner mengaku bersalah atas tuduhan itu tetapi Ng mengaku tidak bersalah dan dia sedang menunggu kesnya di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn.
Goldman telah disiasat oleh pengawal selia di sekurang-kurangnya 14 negara, termasuk Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura, atas penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Menurut Jabatan Kehakiman, bank itu memperoleh AS$ 600 juta dalam yuran untuk tugas-tugasnya.
Leissner, Ng dan yang lain-lain telah menerima bonus besar dengan pendapatan tersebut.
Bank itu secara konsisten cuba mengelak daripada dikaitkan dengan skandal 1MDB mengatakan Leissner dan Ng telah menyembunyikan kegiatan jenayah daripada pengurusan bank.
Leissner dan Ng juga telah dikenakan sekatan oleh Rizab Persekutuan AS kerana peranan masing-masing dalam skandal tersebut.- MalaysiaGazette















