DUBAI – Upacara pengebumian Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron minggu lalu akan ditangguhkan kepada hari Selasa susulan berlaku rempuhan manusia di kampung jeneral tertinggi tentera Iran itu.
Agensi berita ISNA melaporkan, berdasarkan laporan awal 35 orang terbunuh di Kerman.
Setakat berita ini dilaporkan tidak diketahui berapa lama upacara pengebumian Soleimani akan ditangguhkan.
Berpuluh-puluh ribu orang berkumpul di Kerman untuk memberi penghormatan terakhir kepada Soleimani.
Kejadian rempuhan itu berlaku di tengah-tengah orang ramai, membunuh 32 orang dan mencederakan kira-kira 190, orang, kata Fars, agensi berita separa rasmi.
Mayat Soleimani dibawa dari bandar Iraq dan Iran sebelum dibawa ke Kerman. – MalaysiaGazette
















