Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan mulai hari ini hingga 31 Mac lalu, entiti-enti yang disenaraikan boleh memohon untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Amanah Pelaburan Harta Tanah (REITs) serta penerbitan laporan suku tahunan dan tahunan syarikat.

Permohonan itu termaktub di bawah Akta Syarikat 2016 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata Bursa Malaysia.

Menurutnya, maklumat berhubung penangguhan itu boleh dilihat menerusi laman sesawang SSM.

Sebagai tambahan, Suruhanjaya Sekuriti juga melanjutkan dua bulan lagi kepada pengurus-pengurus REITs bagi REITs yang disenaraikan yang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2019 untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan sehingga 30 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast