Caruman untuk pekerja 60 tahun sudah berkuatkuasa.

KUALA LUMPUR – Mulai hari ini ahli-ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2, melalui i-Akaun (Ahli).

Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan, semua cawangan KWSP dan Pusat Perhubungan Pelanggan masih ditutup sehingga 14 April 2020.

Sehubungan itu, ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i-Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:

1. Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]
2. Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]
3. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]
4. Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]

Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-
us/connect-with-us/make-an-enquiry

KWSP berkata, untuk penerimaan pembayaran pengeluaran bermula bulan Mei ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April.

Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan
berikutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

Comments are closed.