TERKINI : Wanita Maki Polis Mengaku Tidak Bersalah

Seorang Pengurus Jualan Wanita syarikat swasta dituduh di Mahkamah Majistret 4 Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan mengeluarkan kata kesat terhadap penjawat awam.

Tertuduh Tong Poh Kim berusia 44 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada Selasa 31 Mac 2020 jam lebih kurang 9.40 pagi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast