KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menilai semula keperluan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang dikatakan tidak mempunyai sebarang peranti bagi sesi pembelajaran dalam talian.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan wajar menambah peruntukan kepada Kementerian Pendidikan bagi memastikan pelajar berkenaan mendapat akses kepada pendidikan mereka ketika pandemik Covid-19.
Beliau terkejut mengenai dapatan kajian kementerian itu menunjukkan 37 peratus daripada lebih 4.7 juta pelajar di seluruh negara tidak mempunyai akses berkenaan.
“Jumlah itu bersamaan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti yang menjadi prasyarat membolehkan mereka belajar dalam talian sepanjang penutupan sekolah akibat wabak Covid-19.
“Belanjawan 2021 ada menyentuh secara langsung bantuan kepada kelompok pelajar terbabit melalui inisiatif GLC/GLIC di bawah seliaan Yayasan Hasanah.
“Yayasan ini akan menyumbang RM150 juta kepada Dana Cerdik untuk memberi komputer riba kepada kira-kira 150,000 pelajar di 500 sekolah perintis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kata Asyraf, inisiatif Yayasan Hasanah itu hanya menampung tidak sampai sembilan peratus daripada 1.7 juta pelajar terbabit yang sebahagian besarnya adalah kelompok B40.
Justeru, beliau mahu kerajaan memberi tumpuan kepada permasalahan itu, dengan tidak menafikan hak pelajar untuk mendapatkan akses kepada pendidikan. – MalaysiaGazette

















Tak payah terkejut cek oiii… Ini masalah warisan dari Umno jugak yg telah memerintah Malaysia dari Merdeka…. Satu lagi warisan Umno… 1MDB… jangan nuat lupa pulak
Pembelajaran online adalah suatu kaedah yang agak baharu dinegara ini dan sewajarnya kerajaan dari masa kesemasa meluaskan telecommunications coverage, menaiktaraf infrastruktur2 yang ada dan menjadikan ianya mampu milik kepada semua!