Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – Sembilan sebab kenapa Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaakub mengumumkan menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sambil berulang kali menegaskan, tindakannya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, beliau berkata, antara sebab itu ialah kegagalan kerajaan PN menunaikan janji untuk melanjutkan tempoh moratorium selama enam bulan lagi dan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, sebab lain ialah kes positif Covid-19 semakin parah, pengangguran membimbangkan, prestasi ekonomi semakin menguncup, kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim belum terbela, pemulangan duit UMNO, ahli UMNO dicuri, gagal membela pelajar IPT dan golongan M40 tidak diberi perhatian secara bersasar.

“Secara jujur, ini sebabnya kenapa saya menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN, selain menghormati memorandum daripada Badan Perhubungan UMNO empat peringkat negeri Kelantan.

“Keputusan saya ini tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya buat seikhlas hati saya demi rakyat dan parti saya, dan dalam sidang media pun, saya tidak menyentuh pun soal Pilihan Raya Umum (PRU), atau memberi sokongan kepada mana-mana pihak.

“Saya bukan orang pertama menarik sokongan. Saya adalah Ahli Parlimen kedua selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Pada Isnin minggu lalu, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai tanda tidak berpuas hati dengan Muhyiddin dan kerajaan PN.

Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira pandangan Badan Perhubungan empat peringkat UMNO Kelantan dan telah memberi ruang secukupnya kepada semua pihak yang hendak membangkitkan apa-apa bantahan atau isu diketengahkan.

Ujarnya, keputusan sebulat suara pada mesyuarat empat peringkat Perhubungan UMNO Kelantan itu menyokong penuh tindakannya.

“Dalam situasi begini, apa pilihan saya ada? Sama ada mementingkan rakyat dan parti sebagaimana disarankan Badan Perhubungan empat peringkat ataupun berdiam diri sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada organisasi parti di Kelantan.

“Maka, pengumuman saya untuk tidak menyokong kerajaan yang ada di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang berlandaskan kepada naratif sembilan sebab itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Rasanye politician lain selain PM ke8 boleh ke selesaikan 9 masalah ni dengan hutang negara meningkat setiap tahun dan kini sudah melibihi 1trilion ?

  2. tanya pada bijaksana bijaksini bijaksitu Boleh selesai macam mee segera 9 MASALAH dn yg lain jika tukar PM /kerajaan….RENUNG BALIK kerajaan 22 bulan PUN banyak KENCING dari BUAT KERJA pada RAKYAT…Manifesto pun diKHIANATI selepas terima mandat rakyat

  3. Persoalan pada MP2 umNO yang berhajat sangat tarik diri @ tolak P N DAN sibuk MENDESAK utk PRU masa COVID dn BANJIR…BERANI ke LETAK JAWATAN MP masing2 dn BUAT PRK di kawasan masing2 tanpa tunggu PRU 15 kerana sikap tamak haloba gila kuasa diri sendiri tetapi berhelah utk demi rakyat???khalid nordin fuad zakarshi nur jazlan dn ramai lagi boleh bertanding

  4. So katak2 dlm Bersatu tu sila letak jawatan…anda menjadi YB and as penat lelah ahli2 UMNO bekerja dlm PRU ke 14…ada berani kah? Kalau kamu boleh menang tanpa menumpang tiket UMNO baru kamu ada maruah pengkhianat!

  5. Jd katak lebih baik dr jd balaci penyamun. Setia membuta tuli pada perompak demi kuasa dan jaga kocek. Hanya penyamun ketuanya perompak.

  6. Dimana kesetian anda kepada raja dan negara, memang dari mula lagi UMNO hendak pilhanrayaa, tapi dah agong yang suruh pilih 1 dari kalangan korang YB untuk di lantik jadi PM8. Kalau tak setuju Muhyidin jadi PM, kau nak lantik siapa jadi PM? Diri sendiri ke?

Comments are closed.