Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengumumkan menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah berfikir lama dan menganggap tindakannya itu adalah yang terbaik untuk partinya, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya nak umum, saya Ketua UMNO (Bahagian) Padang Rengas merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas, dengan rasminya menarik sokongan diberikan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakannya itu bukan untuk menentukan pilihan raya umum diadakan, tetapi dengan menarik sokongan kepada Muhyiddin, bermakna kerajaan hari ini ada 109 kerusi, tidak ada ada majoriti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. bagus letak jawatan MP PDG RENGAS,,, boleh buat PRK2.,,,BERSAMA MP umNO lain yg seperti sesumpah berubah2 .mereka ini JUARA yg tuding jari pd anwar yg sibuk MAIN NOMBOR nak jadi PM..akhirnya terpalit pada BATANG HIDUNG sendiri…kononya perrtahan MARUAH RAKYAT.

  2. Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

  3. Dengan ini eloklah pnyokong2 tarik sokongan drp UMNO.. takde otak ke fikir masalah rakyat covid 19 melonjak, banjir , masalah kewangan dan ekonomi.. lagi nak kacau bilau merebut kuasa

Comments are closed.