Agensi
Rafael Nadal juarai Tenis Terbuka AS
Dua miggu ini sangat istimewa untuk saya, tak dapat percaya dengan keajaiban setelah dilanda masalah kecederaan dan momentum perlawanan yang tidak menentu sejak beberapa tahun lalu. - Rafael Nadal.
Iran, Rusia ‘dalang utama’ di belakang persenjataan nuklear Korea Utara
Pegawai Luar Negara dan Komanwel (FCO) berkata, FCO sedang menyiasat sama ada 'senario nuklear terkini dan sebelum ini' membantu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, membangunkan peledak nuklear.
Nadal intai gelaran ketiga pada Terbuka AS
"Sememangnya menang atau kalah pada final adalah perubahan besar sukar dijangka, tetapi saya gembira dengan perubahan ini dan akan berjuang untuk menang gelaran ini," kata Nadal.
Sudah tiba masa bersara – Kimiko Date
"Saya sudah membuat keputusan untuk bersara dari tenis selepas suara hati memberitahu bahawa sudah tiba masanya menggantung raket," katanya.
Sloane Stephens juara Grand Slam Terbuka AS 2017
"Memang benar saya tidak menonjolkan aksi sebenar saya dan sangat kecewa namun saya gembira kalah dengan Stephens," katanya.
Tenis Terbuka AS: Rafael Nadal melangkah ke final
"Saya sekali lagi berada pada pusingan akhir Grand Slam dan berpeluang untuk berebut satu lagi gelaran berprestij yang sangat penting dalam karier saya," kata Nadal
Florida bersiap sedia hadapi Taufan Irma
Semua penduduk Florida diarah segera meninggalkan kediaman masing-masing dan berada di pusat perlindungan memandangkan Taufan Irma semakin menghampiri negeri itu.
PBB perlu bantuan segera untuk Rohingya
BANGLADESH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan bantuan segera berjumlah AS$77 juta bagi membantu penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus dua minggu lalu.
Kira-kira 290,000 Rohingya dikatakan telah melarikan diri dari negeri Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh sejak 25 Ogos.
Terdapat keperluan terdesak untuk makanan, air dan perkhidmatan kesihatan untuk pelarian yang baru tiba di Bazaar Cox, tambah PBB.
Pelarian yang melarikan diri mendakwa kediaman di kampung-kampung mereka telah dibakar oleh tentera Myanmar.
Keganasan bermula pada 25 Ogos lalu apabila pemberontak Rohingya menyerang polis di negeri utara Rakhine Myanmar.
Penduduk Rohingya - minoritinya tanpa kerakyatan dan beragama Islam.
Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan keganasan yang didakwa penduduk Rohingya tetapi menyatakan tenteranya memerangi 'pengganas' Rohingya
Agensi bantuan di Bazaar Cox Bangladesh memaklumkan jumlah yang melarikan diri berjumlah beribu-ribu orang.
Mereka berada di tepi-tepi jalan menunggu trak-trak makanan.
Penyelaras Penduduk PBB di Bangladesh, Robert Watkins berkata, jumlah pelarian yang memasuki sempadan Bangladesh tidak henti-henti.
"Mereka ini perlu diberi bantuan kerana kebanyakan mereka datang tanpa membawa apa-apa," katanya sambil memberitahu agensi itu perlu membina 60,000 tempat perlindungan, selain makanan, air bersih dan perkhidmatan kesihatan. - MalaysiaGazette
Liverpool dimalukan 5-0 di Etihad
Skuad Pep Guardiola tanpa belas kasihan sekali lagi merobek gawang gol pelawat buat kali ketiga pada minit ke-53 menerusi Jesus sebelum L. Sane menambah jaringan keempat pada minit ke-77 dan gol kelima pada minit ke-90 sebelum wisel penamat ditiup pengadil.
Bau pelik mee segera sebabkan kematian
Seorang lelaki terbunuh dan tiga orang cedera selepas terlibat dalam pergaduhan dengan jiran yang berpunca daripada bau mee segera.

















