Friday, September 4, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Azizul Osman

Muhammad Azizul Osman

9953 Artikel 0 Komen

Tabung Haji catat penurunan jumlah pendeposit tangguh tawaran haji

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli berkata, ibadah haji memerlukan persediaan yang lengkap termasuk kewangan mencukupi, kesihatan baik, keselamatan perjalanan serta kuota yang diperoleh daripada pihak kerajaan Arab Saudi.

Roslan tarik balik kenyataan ada MP dari Sabah, Sarawak mahu keluar...

Perkara itu timbul ketika Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu mengemukakan soalan tambahan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), apabila beliau mendakwa terdapat pembahas dari Sabah dan Sarawak yang kecewa sehingga menyuarakan hasrat untuk keluar daripada Malaysia.

eCOSS ditambah baik, pembelian manual masih dibenarkan bagi warga emas dan...

Armizan berkata, kementerian itu telah membangunkan eCOSS bagi menambah baik pengurusan minyak masak kemasan paket bersubsidi satu kilogram melalui pendigitalan rantaian pengedaran.

Penguasaan 3M murid sekolah rendah capai 97 peratus

Menteri Pendidikan berkata, usaha berkenaan dilaksanakan secara berperingkat dan berfokus melalui pengesanan awal, intervensi kurikulum serta sokongan berterusan di peringkat sekolah.

Komitmen 40 peratus Sabah diperkukuh, jawatankuasa khas rundingan ditubuhkan – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober tahun lalu berhubung kajian semula pemberian khas kepada Sabah.

Trend guru bersara awal menurun – Fadhlina

Menteri Pendidikan berkata, jumlah guru bersara pilihan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mencatatkan penurunan kepada 4,271 orang atau 0.99 peratus pada 2025 berbanding 5,082 orang atau 1.17 peratus pada 2024.

MP Langkawi sokong tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN- Langkawi) berkata demikian merujuk ucapan Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) dalam sidang Dewan Rakyat semalam yang secara berseloroh menyatakan bahawa sebarang ucapan, tuntutan atau hujah berkaitan perkara itu boleh dibuat kemudian atau dibawa terus ke mahkamah.

Dasar pendidikan: Umum dulu, kajian kemudian – Afnan

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN–Alor Setar) berkata, cara pengumuman dasar tersebut dibuat telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan ibu bapa, guru serta pemain industri pendidikan awal kanak-kanak.

Selangor nilai semula cadangan penternakan babi moden – Amirudin

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu lagi, pendekatan tersebut selaras dengan amalan beberapa negeri lain seperti Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan yang menempatkan penternakan di kawasan terpencil dengan sistem pengurusan moden.

Perlis sudah stabil, selesai masalah secara berperlembagaan – Muhyiddin

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pergolakan di negeri kecil seperti Perlis termasuk perbalahan Bersatu dan Pas serta pertukaran Menteri Besar, tidak menggugat kestabilan negara sekiranya kerajaan pusat kukuh.