Nizam Zain
Zulkarnain dakwa terima ugutan bunuh
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa nyawanya terancam termasuk menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 5 Ogos lalu.
Pemberhentian AJK, ahli Bahagian Bersatu boleh jejaskan persidangan – Syed Abdillah
Pemberhentian keahlian dan keluar parti secara keseluruhan ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh memberi kesan kepada persidangan Bahagian parti itu pada 22 Ogos ini.
Lebih RM668,000 disalur bantu NGO penggiat seni terjejas akibat Covid-19
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) tidak pernah meminggirkan penggiat-penggiat seni tanah air, sama ada dalam bidang seni, budaya dan warisan mahupin bidang muzik atau filem.
Jamal mahu pihak berkuasa gugur pertuduhannya beri maklumat judi haram
Beliau mempersoalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau sebagai seorang pemberi maklumat, sedangkan kes beliau sama seperti pendedahan yang dibuat Asri Janggut mengenai aktiviti perjudian di Sungai Buloh.
Ahli Bersatu Kuala Langat keluar parti mungkin sertai parti Tun M
Lebih 350 ahli dan pimpinan Bahagian serta Cawangan Bersatu Kuala Langat yang mengumumkan keluar parti ini tidak menolak kemungkinan untuk menyertai parti baharu yang bakal diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebih 350 ahli, pimpinan Bersatu Cawangan & Bahagian Kuala Langat umum...
Lebih 350 ahli termasuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian dan Cawangan Kuala Langat malam ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.
TMJ jangan campuri hal ehwal politik, kata Khairuddin
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur politik dan bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Jangan jadikan Penggerak Komuniti Negara selamatkan bekas ahli PKR
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin diingatkan tidak menjadikan Penggerak Komuniti Negara (PKN) hanya untuk menyelamatkan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata.
Lebih 10 AJK Bahagian, Cawangan Shah Alam umum keluar Bersatu
Seramai tiga ahli Jawatankuasa Bahagian dan lima ketua Cawangan Bersatu Shah Alam hari ini mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa serta-merta.
Bapa saudara Syed Saddiq umum keluar Bersatu, Bahagian Klang dibubar
Kurang 24 jam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kuala Selangor dibubarkan awal pagi tadi, kini giliran Bahagian Klang pula melakukan tindakan sama apabila hampir 3,000 ahlinya mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

















