Wartawan MalaysiaGazette
EPIC Berhad rangkul empat pengiktirafan pada Anugerah MSOSH ke-43
Majlis anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) itu telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut menghimpunkan pelbagai organisasi dan individu cemerlang dalam pelaksanaan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
PM Kemboja, PM Thailand komited cari jalan damai – Anwar
"Saya menegaskan pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang termeterai di Kuala Lumpur hujung bulan lalu," katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.
Tiada dana dan data pelanggan terjejas – Agrobank
Agrobank dalam kenyataan memaklumkan bahawa semakan itu menunjukkan bahawa tiada dana pelanggan dan data pelanggan yang terjejas, manakala Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih dan Perbankan Dalam Talian Agrobank kekal beroperasi seperti biasa.
Perkhidmatan Datuk Bandar KL dipendekkan, Maimunah ‘berhijrah’ ke Petronas
Maimunah akan memainkan peranan penting dalam membentuk fasa pertumbuhan seterusnya bagi portfolio hartanah syarikat, khususnya melibatkan tanah di Sungai Besi, Kota Madani serta pembangunan hartanah lain.
PM mahu KSU, ketua jabatan beri perhatian serius isu pra-pelaksanaan projek
"Mesej saya jelas bahawa kekangan seperti ini tidak boleh berulang, kerana ia hanya membawa kepada pembaziran peruntukan dan menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
MyCARE serahkan 1600 guni tepung kepada penduduk Gaza
Menurut Halim lagi, meskipun gencatan senjata tercapai namun pihak rejim zionis hanya membenarkan lebih kurang 100 buah trak sahaja untuk membawa bantuan masuk ke dalam Gaza.
Program pemutihan pendatang asing: 7 penguatkuasa direman tiga hari
Tujuh pegawai agensi penguatkuasa direman tiga hari kerana disyaki terlibat rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).
Kerajaan Persekutuan beri peruntukan RM17.5 bilion kepada Sabah bagi 2026
"Di bawah pentadbiran MADANI, projek-projek prasarana utama seperti Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion disambung semula, di samping peningkatan kemudahan asas termasuk Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II," kata Kementerian Kewangan, hari ini.
9.16 juta jawatan direkodkan pada suku ketiga 2025
Sektor ekonomi di Malaysia terus menunjukkan momentum pertumbuhan yang menggalakkan pada suku tahun ini seiring dengan peralihan pesat dalam penggunaan teknologi.
Kadar pertumbuhan penduduk negara perlahan, warga tua bertambah
Sementara itu, penduduk umur muda (0-14 tahun) merekodkan penurunan daripada 22.0 peratus kepada 21.6 peratus.

















