Senarai Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor sebelum jawatan-jawatan politik diubak kepada Ahli Lembaga Pengarah YPJ.

SEBELUM ini di peringkat Persekutuan kecoh mengenai pelantikan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad dalam kalangan ahli politik.

Isu ini menjadi hangat disebabkan perkara tersebut sangat bertentangan dengan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Yang mana dalam manifesto PH ada menyatakan bahawa “kerajaan PH akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka”.

Malangnya manifesto ini hanya sekadar dijadikan perhiasan oleh Pakatan Harapan.

Apa tidaknya, perkara yang sama juga terjadi di peringkat negeri yang mana pelantikan dua ahli lembaga pengarah Yayasan Pelajaran Johor turut dilantik daripada kalangan ahli politik.

Sehinggakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membuat troll dan menyindir pelantikan dua ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tweet Khairy Jamaluddin menjadi tular apabila beliau turut memuat naik risalah sebagai bukti dengan tulisan “Pelantikan lembaga baharu Yayasan Pelajaran Johor. Sekurang-
kurangnya ‘coverlah’ sikit jawatan politik tu. Letaklah jawatan NGO kangkung mana-mana pun. Ni dah tak kisah nak cover, dah tak segan. Parti menguasai kerajaan! Hidup Malaysia
Baharu”.

Tetapi yang kelakarnya selepas disindir teruk oleh Khairy Jamaluddin, ‘askar-askar’ Yayasan Pelajar Johor dengan sepantas kilat telah menukar jawatan dua ahli politik ini dalam laman rasmi (website) Yayasan Pelajaran Johor.

Dari jawatan politik Ketua Bahagian PPBM Tanjung Piai dan Johor Bahru bertukar serta merta menjadi ahli Lembaga Pengarah YPJ.

Walau bagaimanapun ini bukan masalah besar bagi Osman Sapian yang tidak kisah dengan semua itu.

Yang lebih penting sekarang ini baginya adalah jawatan Menteri Besar Johor yang sedang disandangnya ketika ini. Dengan jawatannya itu, Osman Sapian bebas untuk lakukan apa sahaja termasuk melanggar manifesto Pakatan Harapan sekalipun.

Jadi sekarang apa yang ingin saya mempersoalkan, adakah kedua-dua Ketua Bahagian PPBM yang dilantik sebagai lembaga pengarah Yayasan Pelajaran Johor ini memang benar-benar layak?

Apa justifikasi yang ditetapkan sehingga memboleh mereka ini dilantik sebagai ahli lembaga pengarah? Persoalannya sudah tidak adakah seorang pun yang benar-benar layak dari golongan
profesional dan bukan orang politik untuk menyandang jawatan tersebut?

Atau sebenarnya pelantikan mereka ini hanya sekadar lantikan kroni semata-mata?

Almaklumlah Menteri Besar Johor dan mereka ini dari parti politik yang sama.

Nampaknya sudah jelas Pakatan Harapan Johor mengamalkan budaya kroni kerana perkara ini boleh dilihat sendiri melalui lantikan ketua-ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain lantikan lagi sebelum ini.

Mana perginya janji-janji yang kononnya mereka ini tidak mengamalkan langsung kroni dan hanya akan lebih telus serta terbuka dalam segala hal?

Sekarang sudah terbuktilah kesemua janji itu sekadar retorik politik sebelum berkuasa untuk memancing undi rakyat.

Tetapi hakikatnya selepas berkuasa tiada apa-apa pun yang boleh dibanggakan oleh rakyat.

Apa-apapun lantikan ini sememangnya jelas melanggar janji mereka kepada rakyat khususnya rakyat Johor. Yang pastinya, rakyat Johor sangat kecewa dan marah dengan tindakan ini kerana ia seolah-olah pengkhianat kepercayan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Tiba masanya rakyat Johor mula menilai kerajaan Pakatan Harapan ini dari sekarang.

Sedarlah kita sebagai rakyat yang sebenarnya berkuasa bukannya mereka kerana tangan-tangan kita semua yang berhak memberikan mereka kuasa ataupun tidak.

Dhia Hani,
Persatuan Pemikir Muda Johor

Tinggalkan Jawapan