Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP tidak cukup kuota untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Bagaimanapun, kata Tan Sri Annuar Musa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Warisan dan blok pembangkang boleh menentukan kedudukan perdana menteri atau memberi laluan ke Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan jawatannya.

“Jika semua tak mau sepakat,maka PARLIMEN TERGANTUNG.dan terserah kpd SPB YDPA…!!!!,” kata Setiausaha Agung UMNO itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Annuar mengulas kenyataan Ronnie Liu yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sepatutnya sedar bahawa beliau tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri berbanding Anwar.

Ini kerana, majoriti dalam PKR serta Amanah dan DAP menyokong Anwar sebagai perdana menteri yang akan datang.

Beliau menambah Anwar juga telah dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai individu menggantikan Dr Mahathir Mohamad, walaupun Azmin disebut-sebut sebagai pemimpin kesayangan perdana menteri.- MalaysiaGazette