Tag: maut
16 maut terhidu gas bocor di Johannesburg
JOHANNESBURG - Kebocoran gas nitrat oksida yang disyaki di Afrika Selatan telah menyebabkan kematian 16 orang.
Mangsa yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak yang terhidu gas di sebuah penempatan tidak rasmi di Boksburg.
Kebocoran yang berlaku pada hari Rabu dikaitkan dengan perlombongan emas haram di kawasan itu.
Gas nitrat oksida sering digunakan oleh pelombong emas haram untuk mengekstrak emas dari tanah lombong terbiar.
Salah satu silinder gas itu didapati bocor di bandar Angelo yang berpenduduk padat di Boksburg.
Mangsa-mangsa yang maut ditemui dalam radius 100 meter dari tempat kejadian.
Tiada sesiapa dibawa ke hospital.
Tetapi mereka bimbang lebih banyak mayat boleh ditemui semalaman ketika pasukan mencari dan menyelamat meneruskan kerja mereka.
Tragedi ini berlaku hanya enam bulan selepas lori tangki gas meletup pada malam Krismas yang meragut 41 nyawa di bandar yang sama. - Agensi
Tragedi kepala air: Operasi SAR babitkan radius 32 km
Semalam, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Mawar, di sini pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.
Pengawal keselamatan maut digilis kenderaan
"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum digilis kenderaan berkenaan mengakibatnya maut ditempat kejadian," kata Christopher.
Remaja maut dipanah petir ketika jaring ketam di Pulau Merambong
"Hujan lebat ketika kejadian dan hanya mangsa berdua bersama bapanya di dalam bot berenjin 15 kuasa kuda. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring menangkap ketam yang dipasang pada hari sebelumnya," kata Rahmat.
Bapa bersama bayi maut, kereta bertembung dengan treler
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, nahas itu berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.
Suami, isteri antara empat maut dalam nahas dengan treler
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dengan sebuah lori treler dan mendapati terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta itu. Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki umur lingkungan enam tahun dan kanak-kanak perempuan berumur lingkungan dua tahun, cedera parah.
Wanita Thai maut, 15 termasuk kanak-kanak cedera
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pelancong berusia 22 tahun itu yang merupakan penumpang kenderaan MPV Mitsubishi Grandis disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami cedera parah pada bahagian muka.
Anggota TUDM maut bom lempar meletup, 2 jurulatih cedera
Katanya, anggota terbabit meninggal di lokasi kejadian manakala jurulatih yang mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.
Wanita maut dihempap bumbung sekolah
Menurut Abd Rahim, mangsa dikenali sebagai V. Mahadevi berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Suami isteri warga emas maut kemalangan LPT 2
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hasmeera Hassan berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa dengan anak lelakinya datang dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu manakala treler pula dari arah Kuantan ke Kota Bharu.