Sunday, August 30, 2026
Home Tag Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan

Tag: Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan

Pengundi berhak membuat pilihan tanpa rasa takut – Razali

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sikamat, Datuk Razali Abu Samah mengingatkan semua pengundi supaya menggunakan hak mereka untuk memilih tanpa dipengaruhi perasaan takut atau tekanan daripada mana-mana pihak.

Komited bela kebajikan warga Sikamat, puas hati proses undi awal lancar...

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian awal di Balai Polis Sikamat yang disifatkannya berjalan teratur dan mengikut prosedur ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tun Faisal harap pengundi awal diberi kebebasan pilih calon terbaik

Anggota dan pegawai keselamatan tidak sepatutnya dikenakan tekanan oleh mana-mana pihak untuk memilih calon dan parti tertentu pada hari mengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16), hari ini.

Nor Azman tukar strategi kempen, guna motosikal dekati lebih ramai pengundi

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menukar pendekatan berkempen dengan menggunakan motosikal bagi membolehkan beliau menemui lebih ramai pengundi menjelang hari pengundian.

PN sokong siapa sahaja menteri besar pilihan BN – Hamzah

Hamzah menambah, keutamaan ketika ini ialah memastikan gabungan tersebut memperoleh mandat rakyat terlebih dahulu sebelum soal jawatan dibincangkan.

Hamzah seru pengundi awal mengundi tanpa rasa takut

Hamzah juga menyeru pengundi awal supaya menggunakan hak mengundi secara bebas tanpa dipengaruhi rasa takut atau tekanan daripada mana-mana pihak.

Isteri larang saya balik rumah dua minggu ini – Razali

Razali hanya tidur sekitar tiga jam sehari sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan beliau dapat bertemu seramai mungkin pengundi.

Razali janji jadi wakil rakyat mudah didekati, tolak politik tabur janji

Razali berkata, pertandingan di Sikamat bukan mengenai siapa yang lebih hebat atau berpengaruh, sebaliknya mengenai idea, prinsip dan keyakinan yang mampu ditawarkan kepada rakyat.

Kerjasama BN-PN gagal yakinkan rakyat Negeri Sembilan – Nor Azman

BN dan PN mendakwa mereka bersama, tetapi dalam masa sama mereka tidak berkongsi manifesto yang sama. Ini menunjukkan berlaku kecelaruan persefahaman dalam kalangan mereka.

Bersatu bakal dipecat daripada PN – Chegubard

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkemungkinan bakal disingkirkan daripada Perikatan Nasional (PN) susulan tindakannya bertanding menentang calon gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.