Tag: PRN Negeri Sembilan
Pasca PRN Negeri Sembilan: Analisis perubahan tingkah laku pengundi, strategi parti
PRN Negeri Sembilan menunjukkan politik Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang lebih kompetitif dan kompleks.
Ramanan anggap kalah menang PRN lumrah politik
Beliau berkata, setiap pertandingan pasti menyaksikan ada pihak yang menang dan kalah, namun perkara paling penting ialah semua pihak mampu mengenepikan perbezaan serta kembali bekerjasama demi kepentingan rakyat selepas proses demokrasi berakhir.
Beberapa nama orang kanan UMNO, Pas mungkin terlepas senarai Exco N....
MalaysiaGazette difahamkan, perkara itu antara perkembangan yang sedang menjadi perhatian ketika rundingan pembentukan Exco masih berlangsung selepas Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Banyak serangan peribadi, ada yang percaya saya nak jadi MB N....
Persaingan di DUN Chennah kali ini amat mencabar berbanding siri pilihan raya yang pernah disertainya sebelum ini berikutan pelbagai tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bagi merosakkan reputasinya, katanya.
PH perlu bina semula kekuatan hadapi PRU akan datang
Mujahid berkata, walaupun PH menghormati keputusan pengundi, beliau melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan politik yang berasaskan identiti kaum dan agama kerana berpotensi meruncingkan suasana politik negara.
Menang PRN, Danni janji bekerja untuk rakyat
Tempoh 100 hari pertama akan dimanfaatkan untuk mengadakan sesi pertemuan bersama ketua-ketua kampung, jawatankuasa masjid, pertubuhan, persatuan serta peniaga di pasar sebagai langkah awal membina pelan pembangunan yang benar-benar berasaskan kehendak rakyat.
BN junjung kasih Tuanku Muhriz perkenan Ismail Lasim dilantik MB baharu
BN yakin Ismail mempunyai pengalaman, kewibawaan dan kepimpinan diperlukan untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri dengan stabil selain sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.
Cina belum tinggalkan DAP, kata bekas pemimpin MCA
Namun, Lian Ker menambah, keputusan tersebut turut memberi gambaran bahawa kekuatan DAP kini lebih tertumpu kepada kawasan tertentu, manakala cabaran terbesar PH adalah mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Pikul amanah tanpa mengira fahaman politik – Nurul Izzah
Beliau berkata, selepas keputusan pilihan raya dimuktamadkan, tumpuan bukan lagi kepada persaingan politik, sebaliknya kepada tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Saiful Yazan yakin Ismail mampu galas amanah menteri besar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berkata, beliau percaya Ismail mampu memikul tanggung jawab itu dengan penuh dedikasi dan semangat dalam menerajui pentadbiran negeri.

















