Tag: PRN Negeri Sembilan
PH umum 10 komitmen utama dalam manifesto PRN Negeri Sembilan
Antara komitmen utama yang diketengahkan ialah memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dengan penambahbaikan pelbagai bantuan meliputi pendidikan, keluarga, warga emas dan kesihatan bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
PRN Negeri Sembilan penentu hala tuju, bukan sekadar pilih kerajaan –...
Aminuddin berkata, kerajaan PH telah membuktikan keupayaannya mengurus negeri dengan mengukuhkan kedudukan kewangan, menarik pelaburan strategik bernilai berbilion ringgit, memperluaskan bantuan kebajikan serta memperkasakan pendidikan, TVET dan pembangunan modal insan.
Calon PH Labu maafkan individu cuba bakar billboard, pilih kempen secara...
Menurutnya, arahan segera diberikan kepada jentera supaya tidak mengambil sebarang tindakan balas kerana mahu memastikan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berlangsung dalam suasana matang dan harmoni.
Cubaan bakar billboard calon PH Labu dikesali, Ahmad Faez enggan buat...
Menurut beliau, kejadian itu disedari selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya kira-kira pukul 4.30 pagi yang memaklumkan mengenai cubaan membakar billboard berkenaan.
Selepas Johor, parti Rafizi dijangka ‘dimalukan’ di Melaka – Penganalisis
Parti Bersama juga masih gagal menarik sokongan masyarakat sekali gus menimbulkan persoalan sama ada parti itu mampu terus kekal relevan dalam landskap politik negara, kata Mohamad Faisol.
Manivanan janji naik taraf kemudahan asas Jeram Ladang
“Saya komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan penyelesaian isu-isu yang telah lama membelenggu penduduk," katanya.
Pengundi Seri Menanti hargai rekod Tok Min
Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa berkata, maklum balas diterima daripada pasukan kempen turun padang mendapati ramai penduduk turut menghargai rekod pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, khususnya dalam aspek kebajikan dan pembangunan.
Kenny Chiew nafi dakwaan tak puas hati tak dicalonkan PH di...
Menurutnya, beliau menghormati sepenuhnya keputusan pucuk pimpinan PKR yang menamakan semula Datuk Yew Boon Lye bagi mempertahankan kerusi itu dan tetap memberi sokongan bagi memastikan kemenangan PH di DUN berkenaan.
Hanya tiga bulan Ahmad Faez selesaikan masalah bekalan elektrik di Kampung...
Menurut Ahmad Faez, hasil lawatan dari rumah ke rumah membolehkan beliau memahami kesukaran sebenar penduduk apabila bekalan elektrik sering terganggu berikutan pembangunan pesat di sekitar DUN Labu sehingga kapasiti bekalan sedia ada tidak lagi mampu menampung permintaan.
Bertanding nak dapat jawatan, tapi jawatan yang ada tak mahu lepas...
“Saya harap kena ikutlah peraturan. Kita nak bertanding tak bolehlah kita gunakan apa yang kita ada. Saya pun jalan seorang-seorang saja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

















