Tag: TUDM
TUDM hantar pulang 19 orang ke Sabah, Sarawak
Kesemua mereka yang dihantar pulang telah selamat menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.
Dua pesawat TUDM hantar 2.9 juta topeng muka ke Sabah, Sarawak
Penerbangan telah membawa lebih 2.9 juta keping topeng muka (face mask), 44 unit kotak perlindungan (aerosol box), spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta keperluan peralatan Personal Protective Equipment (PPE) untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik COVID-19.
Covid-19: TUDM hantar bantuan perubatan ke Malaysia Timur
Penerbangan itu membawa 100 unit kotak perlindungan, spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti KKM serta keperluan peralatan PPE untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik Covid-19.
TUDM bawa bekalan darah ke Sabah, Sarawak
Sebanyak 375 pek darah seberat 562 dan 3698 pound spesimen klinikal telah dibekalkan oleh KKM bagi kegunaan hospital-hospital di sana dalam usaha memberikan rawatan perubatan
kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
Viral helikopter khas sembur racun perosak Covid-19 adalah palsu
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan ianya berita palsu dan beliau dalam masa yang sama menggesa agar penyebaran laporan itu dihentikan serta merta kerana boleh mencetuskan suasana panik.
TUDM siasat nahas trak
Seramai 25 orang Pegawai Kadet PALAPES Udara dan tiga jurulatih yang cedera dalam kemalangan di kawasan Hutan Bukit Jugra petang semalam telah dibenarkan keluar dari Hospital Banting dan Hospital Klang pada awal pagi ini.
Trak TUDM terbalik di Bukit Jugra
Seramai 29 pegawai kadet PALAPES Udara dan tiga orang jurulatih mengalami kecederaan dan sekarang mereka dirawat di Hospital Banting dan Hospital Klang.
Penerbangan ihsan TUDM bawa warga emas dari Alor Setar ke Subang
Pesakit diterbangkan dengan pesawat CN 235 dari Lapangan Terbang Alor Setar ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan segera.
Pesawat TUDM terbang rendah di sekitar KLCC esok
Terbang lintas ini akan dilaksanakan pada 10.15 pagi esok.
Agong, Permaisuri naik pesawat angkut TUDM ke Kelantan
Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.















