Wednesday, April 24, 2024
Home Tag UOB

Tag: UOB

UOB selesai ambil alih perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Malaysia...

Pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi UOB untuk meningkatkan perniagaan runcit di ASEAN melangkaui pasaran asalnya di Singapura.

UOB, SJPP peruntuk RM1 bilion untuk pembiayaan hijau PKS

KUALA LUMPUR - UOB Malaysia akan bekerjasama dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Malaysia (SJPP) untuk melancarkan program U-Green Financing yang akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjayakan usaha kemampanan mereka. Bank ini telah memperuntukkan RM1 bilion untuk program ini manakala SJPP akan menjamin sehingga 80 peratus daripada pinjaman melalui Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS). UOB Malaysia adalah bank pertama untuk bekerjasama dengan SJPP dalam program pembiayaan hijau tersebut. U-Green Financing disediakan untuk PKS dan syarikat bersaiz sederhana yang layak dua daripada semua industri yang ingin menyumbang kepada pembangunan bandar pintar dan mampan. Syarikat yang merancang untuk membangunkan atau membina bangunan hijau, memudahkan perdagangan hijau, ataupun menyumbang kepada ekonomi pekeliling juga layak untuk berbuat demikian. Ia terbuka kepada kedua-dua pelanggan sedia ada dan baharu, yang mana kemudahan ini disediakan dalam bentuk pinjaman berjangka, kemudahan overdraf dan pembiayaan perdagangan. Di samping menyediakan pembiayaan, UOB Malaysia juga akan bekerjasama dengan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) untuk memperkenalkan siri bengkel berkenaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Siri ini bertujuan melengkapkan PKS dengan pengetahuan dan maklumat praktikal bagi memulakan perjalanan ESG mereka. Melalui siri bengkel ini, PKS dapat meraih manfaat daripada silibus yang dibangunkan bersama oleh MRANTI dan penyedia latihan yang diluluskan. Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei berkata, dengan menjadikan pembiayaan hijau lebih mudah diakses, bank berharap ia dapat menggalakkan PKS menerima amalan perniagaan yang mampan. Ini akan meningkatkan profil ESG mereka, terutamanya jika mereka berminat untuk menyertai dan bersaing dalam rantaian nilai global. Selain U-Green Financing, UOB Malaysia juga merupakan Institusi Kewangan Peserta bagi Kemudahan Peralihan Rendah Karbon Bank Negara Malaysia, serta Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau. Sementara itu, Pegawai Utama SJPP, Chen Yin Heng berkata, cadangan kerjasama ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Menurutnya, melalui skim jaminan ini, ia komited dalam menyokong usaha kerajaan menggiatkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam sektor PKS. Pelbagai inisiatif dan polisi strategik dilaksanakan dengan tujuan merangsang dan membangunkan peluang perniagaan untuk sektor ini dan barharap U-Green Financing akan menggalakkan penerimaan amalan ESG oleh lebih banyak PKS dan syarikat korporat bersaiz sederhana. - MalaysiaGazette

UOB dapat ‘lampu hijau’ ambil alih perbankan pengguna Citi

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada suku keempat 2022 selepas UOB dan Citigroup mengumumkan cadangan pengambilalihan ini pada 14 Januari 2022.

UOB sedia bantuan pelanggan terjejas banjir

Bantuan UOB Malaysia ini termasuk pelbagai langkah seperti penangguhan pembiayaan dan pembayaran pinjaman, jumlah ansuran pembayaran balik bulanan yang dikurangkan dan lanjutan tempoh pembayaran balik.

33,000 pelanggan UOB Bank dapat kelulusan dana bernilai RM23.8 bilion

UOB Bank berkata, program Bantuan COVID-19 UOB Malaysia telah memanfaatkan lebih 33,000 pelanggan individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak bermulanya pandemik Covid-19.

UOB anjur 2021 UOB Painting of the Year

Pertandingan 2021 UOB Painting of the Year (Malaysia) adalah sebahagian daripada program seni UOB yang utama bertujuan untuk mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini.

Seorang kakitangan UOB positif Covid-19

UOB berkata, kali terakhir kakitangan itu berada di pejabat beliau di Menara UOB adalah pada 21 Oktober 2020 dan telah bekerja dari rumah selepas itu.

UOB pendek operasi 6 cawangan

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penyebaran Covid-19, enam cawangan bank ini akan beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang, Isnin hingga Jumaat, bermula hari ini hingga 22 Oktober 2020, atau sehingga pemberitahuan selanjutnya.

UOB, Standard Chartered tetap harga MTN RM250 juta untuk Mercedes-Benz Services

Terbitan MTN ini, yang diberi penarafan AAA oleh RAM Rating Services Berhad, akan matang pada September 2023, dihargakan pada kadar kupon tetap 2.70 peratus setahun.

Kakitangan positif Covid-19, UOB cawangan Kepong ditutup sementara

Cawangan akan ditutup sehingga 5 Oktober 2020 bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman dijalankan dan akan dibuka apabila selepas mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.