Home Nasional Beberapa mayat kelasi kapal perang AS ditemui

Beberapa mayat kelasi kapal perang AS ditemui

SINGAPURA – Beberapa mayat 10 kelasi yang hilang selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S. McCain bertembung dengan kapal tangki, MV Alnic MC di luar pantai Johor telah ditemui.

“Mayat-mayat tersebut ditemui dalam “bahagian tertutup” pada hari ini,” kata pegawai tentera laut, Scott Swift.

AFP yang memetik Swift sebagai berkata memaklumkan pihak berkuasa Malaysia yang turut terlibat dalam pencarian itu telah menemui satu mayat dan ia sedang dipindahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat untuk dikenal pasti identiti.

Seramai 10 kelasi kapal pemusnah Amerika Syarikat hilang dalam insiden itu.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi Isnin lalu, kira-kira 4.5 batu nautika dari perairan Teluk Ramunia.

Ia merupakan kemalangan kedua membabitkan kapal perang Amerika Syarikat selepas USS Fitzgerald bertembung dengan kapal kargo Filipina di perairan Jepun Jun lalu.

Kejadian itu menyebabkan tujuh kelas maut. – MalaysiaGazette