Kakitangan FELCRA Berhad, Nur Amira Johari menunjukkan Syiling Peringatan FELCRA 50 Tahun yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Sambutan 50 Tahun FELCRA Berhad di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto SAFWAN MANSOR, 20 DISEMBER 2016

Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang ke-50 tahun ini.

Duit syiling pruf yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram.

Nilai muka duit syiling ini adalah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping dan hanya 700 keping sahaja ditempa.

Nilai muka syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM sekeping dan sebanyak 13,000 keping sahaja ditempa.

Dan kesemuanya tertakluk kepada cukai GST 6%

Kesemua duit syiling berkenaan boleh didapati dalam set dua dalam satu yang mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas nordic.

Sebanyak 2,000 set akan dijual pada harga RM250 setiap set.

Duit syiling peringatan keluaran BNM akan dijual bermula esok di Muzium dan Galeri BNM yang terletak di Sasana Kijang 2 Jalan Dato Onn KL dan di Pejabat Wilayah di Pulau Pinang,Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta di Cawangan Kuala Terengganu -Malaysia Gazette