Kebakaran HSA pada 25 Oktober lalu yang menyebabkan enam pesakit ICU meninggal dunia.

SEGAMAT – Kebakaran yang berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi  (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) akhir Oktober lalu disebabkan oleh peranti elektronik (capacitor) di dalam salah satu lampu siling wad berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, punca kebakaran tersebut didedahkan oleh laporan yang dihantar oleh pelbagai pihak serta suruhanjaya yang ditubuhkan untuk menyiasat kebakaran berkenaan.

“Kebakaran tersebut disebabkan oleh peranti elektronik di dalam lampu yang mempunyai hubungan dengan bahan mudah terbakar yang berada di dalamnya,” kata beliau di sini hari ini.

Kebakaran yang berlaku pada 25 Oktober lalu, pada pukul 9 pagi  telah menyebabkan enam orang pesawat yang sedang dirawat di ICU meninggal dunia dan seorang pesakit mengalami kecederaan.

Manakala tiga jururawat mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

Ketika kejadian terdapat tujuh orang pesakit berada dalam ICU itu. –  MalaysiaGazette