Home Seni Hidup Bintang Star Wars Carrie Fisher meninggal dunia

Bintang Star Wars Carrie Fisher meninggal dunia

Carrie Fisher dalam sebuah acara televisyen di AS baru-baru ini.

Bintang Wanita Hollywood popular menerusi filem Fiksyen, Star Wars Carrie Fisher telah meninggal dunia pada usia 60 tahun hari ini.

Beliau disahkan meninggal dunia pagi tadi oleh jurucakap keluarganya Simon Halls dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi Selasa.

“Dengan sangat mendukacitakan Billie Lourd mengesahkan bahawa ibu kesayanganya Carrie Fisher meninggal dunia pukul 8.55 pagi ini (waktu tempatan).

“Beliau disayangi di dunia lakonan dan jutaan peminatnya, dia sentiasa akan berada dalam memori semua. Seluruh keluarga kami merakamkan terima kasih atas segala doa anda,” katanya dalam kenyataan itu.

Carrie Fisher bersama anaknya Billie dan ibunya dalam satu majlis di AS tahun lepas.
Carrie Fisher bersama anaknya Billie dan ibunya dalam satu majlis di AS tahun lepas.

Kematian Carrie Fisher menyusul empat hari selepas mengalami serangan jantung semasa dalam perjalanan pulang ke Los Angeles dari London untuk menyambut percutiaannya bersama keluarga.

Pelakon itu dikatakan tidak sedar diri selepas dimasukkan untuk rawatan di Pusat Perubatan UCLA pada petang Jumaat lepas.

Emaknya yang juga pelakon legenda Hollywood Debbie Reynolds, menulis dalam media sosial Facebook peribadinya padsa Selasa,” Terima kasih kepada semua yang menghargai lakonan dan sumbangan anak kesayangan saya selama ini.

“Saya merakamkan penghargaan untk segala doa anda untuk anak saya supaya tenang di sana”.

Para selebriti dan peminatnya dari seluruh dunia turut terkejut dengan berita kematian selebriti yang paling disanjung di dunia Hollywood sehingga kini berkongsi perasaan di akau twitter masing-masing.

Carrie Fisher bersama Harrison Ford dalam salah satu sikuel Star Wars.
Carrie Fisher bersama Harrison Ford dalam salah satu sikuel Star Wars.

Mereka memberi penghormatan terakhir kepada pelakon yang disifatkan pintar, provokatif yang popular sebagai anak pelakon handalan Debbie Reynolds.

Eddie Fisher telah mengabadikan statusnya sebagai ikon menerusi karakternya sebagai Puteri Leia dalam filem Star Wars.

Rakan lakon Star Wars mendiang, Harrison Ford yang berlakon bersamanya dalam filem the Franchise, menyifatkan mendiang sebagai salah seorang insan mulia yang hidup dengan berani.

“Doa saya sentiasa bersama anaknya Billie, ibunya Debbie dan adiknya Todd dan kawan-kawannya. Kami sentiasa akan merunduinya”.

Carrie Fisher menjadi pelakon utama popular menerusi filem sikuel Star Wars Star Wars: Episode IV – A New Hope  yang dilakon pada tahun 1977 sehingga terakhirnya pada tahun 2015 iaitu Star Wars Episod VII – The Force Awakens. – MalaysiaGazette