Thomas D. Homan. Foto: Reuters

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melantik Thomas D. Homan sebagai pemangku Pengarah Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen AS (ICE), menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).

Homan sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Bahagian Penguatkuasaan dan Pembatalan Operasi di Jabatan ICE, kata Setiausaha DHS John Kelly dalam satu kenyataan di Washington.

Homan dilantik bagi menggantikan Daniel Ragsdale sebagai Pemangku Pengarah dalam ICE.

Tetapi Ragsdale masih kekal sebagai Timbalan Pengarah di agensi berkenaan yang mana dia telah berkhidmat selama empat tahun, menurut ICE dalam akaun Twitter rasminya.

Kelly tidak memberikan sebarang sebab untuk perubahan pengurusan ICE secara mengejut, tetapi hanya menyatakan Homan akan terus berkhidmat sebagai pemimpin yang efektif di ICE. – MalaysiaGazette