Datuk Seri Idris Haron

MELAKA – Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 merupakan detik yang mengangkat Datuk Seri Idris Harun sebagai Ketua Menteri Melaka.

‘Temasya politik’ yang mengambil tempat pada bulan Mei itu juga menjatuhkan sifu politik Idris iaitu Tan Sri Ali Rustam yang kecundang dalam pertandingan kerusi Parlimen.

Seakan-akan geram dengan nasib Ali, Idris sebaik sahaja diangkat sebagai ketua menteri sering kali mengutarakan kenyataan yang menyindir kumpulan yang selalu melaungkan “Ong Heng Huat”, yang secara ketara merujuk kepada Orang Cina.

Keadaan tersebut juga menyebabkan Ketua Menteri Melaka itu disamakan dengan golongan rasis.

Selepas hampir empat tahun, Ali yang menerima wawancara Sinchew Daily dan ditanya mengenai Pilihan Raya 2013 ternyata lebih tenang dan menjelaskan bahawa Ali merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada Melaka tetapi kecundang dalam pilihan raya.

Beliau berkata, adalah tidak dapat dinafikan bahawa kekalahan Ali di kerusi Parlimen Bukit Katil adalah didorong oleh sokongan kaum Cina yang rendah.

Idris bagaimanapun turut menyatakan bahawa kekalahan calon UMNO di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru di dalam kawasan Bukit Katil kepada Pas dengan hanya 47 undi memberi petanda bahawa mungkin ada orang UMNO yang tidak menyokong Ali.

” Adakah ia disebabkan orang Cina tidak menyokong Ali? Tidak dapat dinafikan juga bahawa ada juga orang UMNO yang melakukan sabotaj dan menyebabkan kekalahan Ali,” katanya.

Ali juga mengakui masih gagal melepaskan rasa sedihnya terhadap golongan yang berjanji memberi sokongan tetapi hasil pilihan raya menunjukkan keadaan yang bertentangan.

“Saya berasa sedih kerana penilaian berdasarkan suara sokongan mendapati kami mampu merai 3,000 undi, tetapi hakikatnya hanyalah lebih seratus undi diperoleh semasa pilihan raya.

” Saya rasa ini bukan tabiat yang baik, saya lebih suka jika kamu berterus-terang tidak akan menyokong saya. Dengan itu, saya dapat memberi tumpuan untuk mengukuhkan sokongan di kawasan lain,” katanya.

Idris berkata, beliau tidak kisah jika dirinya tidak disokong, tetapi tidak suka mereka yang bermuka dua. – MalaysiaGazette