Ekuinas
Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir.

KUALA LUMPUR Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) membatalkan hasrat untuk menyenaraikan sayap pendidikannya, Ilmu Education Group Sdn. Bhd. (ILMU).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, rancangan penyenaraian itu bukan jalan terbaik untuk ILMU.

“Selepas meneliti pelbagai strategi kami mendapati ia bukan jalan terbaik.

“Dengan itu kami merancang untuk melaksanakan strategi yang baharu,” katanya.

Tambah Syed Yasir Arafat, ILMU mempunyai modal yang mencukupi dan tidak memerlukan suntikan modal baharu.

Sebelum ini Ekuinas merancang untuk menyenaraikan ILMU pada 2915 tetapi menangguhkan hasrat tersebut disebabkan keadaan pasaran yang tidak begitu baik.

ILMU merangkumi Kumpulan pendidikan APIIT, APIIT Lanka, Kumpulan Cosmopoint, Universiti Antarabangsa UNITAR dan Tenby Educare Sdn. Bhd.-MalaysiaGazette