KUALA LUMPUR – Kumpulan AirAsia akan memindahkan operasinya di Da Nang, Vietnam dari Terminal 1 ke Terminal 2, berkuatkuasa hari ini.

Para penumpang AirAsia dinasihatkan daftar masuk di Terminal 2, yang jaraknya berhampiran dengan terminal lama.

Semua penumpang AirAsia dari dan ke Da Nang akan dimaklumkan oleh syarikat penerbangan itu melalui emel.

Air Asia menawarkan penerbangan satu laluan dari Kuala Lumpur ke Da Nang dengan tujuh penerbangan seminggu. – MalaysiaGazette