KUALA LUMPUR – Lagi pemandu Grab yang bermasalah! Kali ini pula melibatkan seorang pemandu yang cuba merogol penumpang wanita.
Penumpang yang juga seorang mahasiswi hanya berjaya melepaskan diri dengan menggigit pencabulnya.
Pemandu yang ketakutan pula segera melarikan diri bersama kereta manakala mangsa meminta pertolongan ayahnya sebelum dihantar menerima rawatan di klinik berhampiran.
China Press melaporkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.45, Isnin berhampiran sebuah kolej di Taman Maluri di ibu negara.
Mangsa keturunan Melayu telah menaiki sebuah kereta Grab dan kemudian mendapati pemandu menuju ke jalan yang salah.
Apabila ditegur, pemandu mula membawa mangsa ke tempat yang sunyi, lalu mencabul serta mencekiknya.
Mangsa cuba menentang sebelum dicadangkan suspek untuk pergi ke hotel. Mangsa juga menerima ugutan bunuh jika tidak akur dengan permintaan suspek.
Mangsa kemudian berpura-pura bersetuju dengan ajakan ke hotel tetapi menggigit suspek dan melarikan diri sebaik sahaja mereka tiba di sebuah hotel di Setapak.
Mangsa segera menghubungi ayahnya dan mereka telah membuat laporan polis. – MalaysiaGazette