Sesi fotografi bersama Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida pada Majlis Pelancaran Video Muzik I Am Me di Redbox Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 OKTOBER 2017.

Vida yang muncul dengan pakaian tidur dari rona sedondon menarik perhatian peminat dan pelancong yang berada di perkarangan pusat beli-belah itu.

Terkenal dengan sikap mesra, Vida menegur mereka sebelum menuju ke lokasi pelancaran muzik videonya.

Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida (tengah) bersama stokis produk Qu Puteh memotong kek sebagai gimik perasmian video muzik I Am Me di Redbox Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 OKTOBER 2017.
Pada masa sama, wanita berusia 46 tahun itu turut dikejutkan dengan sebuah kek seberat 87 kilogram.
Kek berwarna merah jambu dan putih itu dihaisi dengan replika wang pelbagai negara selain patung dirinya di dalam tab mandi yang diletakkan di atas kek tersebut.
Tambah menarik kek berharga RM26,000 itu sarat dihiasi dengan batu Swarovski. Sementara itu, muzik video I Am Me yang baharu itu melibatkan kos RM1 juta dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.Penggambarannya dilakukan selama dua minggu di kediaman mewahnya di Ipoh, Perak  menampilkan konsep mewah, glamor, cekal dan ranggi.

Muzik video lirik I Am Me sebelum ini mencecah 9 juta tontonan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.