Harga sebotol Che' Rose adalah RM48 dan RM53 bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

KUALA LUMPURSiapa yang tidak tergoda dengan keasyikan haruman mawar. Unik dan tersendiri menjadikan mawar antara bunga yang sentiasa menjadi pujaan.

Kelopak mawar sering ditabur untuk menyebarkan harumannya terutama di kamar tidur. Begitu juga di sudut-sudut tertentu, semerbak aura mawar umpama terapi yang memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.

Selain keharumannya, mawar juga istimewa kerana kepelbagaian warna yang menjadikan kuntuman bunga-bungaan itu begitu menyerlah.

Rona merah hati, merah jambu, merah lembut, ungu, putih, kuning, malah biru begitu menonjol untuk mawar. Gabungan kehebatan warna dan haruman menyebabkan mawar sentiasa lekat di ingatan dan menjadi pilihan untuk hiasan taman.

Bukan sekadar cantik dipandang dan harum menyegarkan, ada rahsia lebih besar di sebalik kehebatan bunga tersebut apabila menyingkap perihal kecantikan dan terapi minda. Setiap warna dikatakan ada rahsia tersendiri.

Menyedari khasiat mawar yang pelbagai, syarikat Bumiputera, Minda Teguh Trading menginovasi mawar untuk dijadikan produk minuman kesihatan sesuai untuk golongan wanita setelah menerima maklum balas daripada pelanggan yang mahu produk untuk wanita khususnya yang sudah berkahwin.

Pengarah Urusannya, Azizi Ali berkata, pemilihan mawar kerana ia berkaitan dengan wanita dan mempunyai 1001 khasiat antaranya membantu meningkatkan tenaga libido wanita serta membantu menguatkan salur pencernaan dan lapisan perut, sekali gus detoks untuk tubuh.

“Mawar kaya dengan flavonoid, tani, antioksidan, Vitamin A, B3, C dan E serta mencantikkan kulit dan membantu mencegah sembelit. Jika dahulu, cara untuk mendapatkan khasiat mawar cukup mudah.

“Mereka hanya memetik bunga mawar segar, gosokkan pada kulit wajah dengan lembut menggunakan kelopak mawar. Jus yang keluar dari mawar bertindak merawat kulit,” katanya.

Azizi Ali.

Azizi berkata, menyedari khasiat mawar dan hasrat ingin membantu golongan wanita, syarikat menghasilkan minuman tambahan yang dikenali sebagai Che’ Rose.

Beliau berkata, untuk menghasilkan Che’ Rose, syarikat menjalani kajian pembangunan dan penyelidikan selama setahun bagi memastikan gabungan ekstrak mawar dan beberapa bahan lain akan memberi kesan yang baik kepada pelanggan.

Menurutnya, Che’ Rose dihasilkan dengan menggunakan ekstrak mawar, manjakani, sireh, kacip fatimah, delima, serapat, pueraria mirifica, pueraria labota.

“Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, kami cuba menggabungkan kesemua bahan-bahan ini dengan menggunakan formulasi sendiri untuk menghasilkan Che’ Rose.

“Kami memberikan sampel kepada saudara-mara terdekat dan melanggannya selama tiga bulan. Mereka memberi maklum balas yang positif, antaranya Che’ Rose membantu mengatasi kitaran haid tidak teratur, masalah keputihan, membersihkan rahim sesudah keguguran dan membuat kulit nampak berseri,” katanya.

Menurutnya, Che’ Rose hanya untuk membantu golongan wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas, wanita yang sudah berkahwin dan wanita dalam pantang.

“Che’ Rose juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan terjual 1,000 botol sejak berada di pasaran September lalu,” katanya.

Azizi sebelum ini turut mengeluarkan produk membantu merawat sakit sendi, berjenama Cen-D yang semakin popular.

Azizi menyasarkan jualan Che’ Rose 50,000 botol menjelang pertengahan tahun 2018, dipacu strategi pemasaran yang agresif dan penambahan stokis sebanyak 300 di seluruh negara.

“Setakat ini, kami juga menyasarkan mempunyai 90 stokis dan optimis mencapai sasaran tersebut berikutan sambutan memberangsangkan produk ini walaupun baru sebulan berada di pasaran,” katanya.

Jelasnya, cara penggunaan Che’ Rose adalah dua sudu sehari pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam.

Harga sebotol Che’ Rose adalah RM48 dan RM53 bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

Selain Che’ Ros, Azizi sebelum ini turut mengeluarkan  produk membantu merawat sakit sendi berjenama Cen-D yang semakin popular.

Layari Facebook dan Instagram Che Rose HQ serta laman web www.mindateguh.com untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast