Kanak-kanak pelbagai bangsa turut mengambil kesempatan melihat dengan lebih dekat persembahan tarian singa sempena sambutan rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina 2017 di Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 28 JANUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengubal Akta Anti Rasis dan Akta Anti Diskriminasi kerana perpaduan di negara ini masih baik dan terkawal.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berkata, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan undang-undang untuk menyatupadukan kaum.

Sebaliknya, masyarakat negara ini perlu dididik pada sejak kecil lagi, kata jabatan itu dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan lisan Lim Lip Eng (DAP, Segambut) kepada Dewan Rakyat.

JPNIN berkata, kta-akta sedia sudah memadai dan boleh dibuat penambahbaikan bagi membendung anti rasis dan anti diskriminasi.

Tambahnya, pelbagai langkah akan terus digunakan kerajaan dalam menwujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan berpegang teguh pada Perlembagaan Persekutuan, melaksanakan semua dasar dan program secara adil dan seimbang.

Selain itu, menggalakkan interaksi, integrasi dan persefahaman antara kaum dan mewujudkan mekanisme formal dan tidak formal di beberapa peringkat dan berusaha menyakinkan semua pemimpin politik dan masyarakat supaya tidak cenderung mempolitikan isu berkaitan agama dan etnik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast