James Mattis

SEOUL – Ancaman serangan nuklear Korea Utara semakin meningkat, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis yang kini berkunjung ke Korea Selatan untuk mesyuarat pertahanan.

Mattis memberi amaran bahawa Korea Utara akan menghadapi “tindak balas ketenteraan besar-besaran” jika negara itu menggunakan senjata nuklear.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan semakin meningkat di rantau ini, dengan kedua-dua pihak menjalankan siri latihan ketenteraan.

“Korea Utara telah mempercepatkan ancaman yang ditimbulkannya kepada jiran-jirannya dan dunia menerusi program peluru berpandu dan senjata nuklear yang tidak sah dan tidak perlu,” kata Mattis.

Beliau berkata, Korea Utara terlibat dalam tingkah laku “yang melanggar peraturan” dan mengatakan kerjasama keselamatan Amerika Syarikat dan Korea Selatan merupakan suatu keperluan segera.

Tegas Mattis, Washington tidak boleh penggunaan senjata nuklear Koera Utara.

September lalu, Korea Utara melakukan ujian nuklear yang enam dan terbesar setakat ini.

Bom nuklear itu memiliki jarak kuasa antara 50 kilotonnes hingga 120 kilotonnes. Peranti dengan 50 kilotonnes adalah tiga kali saiz bom yang memusnahkan Hiroshima pada tahun 1945. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast