Fazura dan Fattah Amin menjadi duta rangkaian produk Maydan.

KUALA LUMPUR – Maydan, sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaharu di pasaran hari ini menolak dakwaan  pihaknya mengambil kesempatan ke atas pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura bagi melariskan jualan mereka.

Pengasas Maydan, Maya Hamdan menegaskan, sebelum memilihkan Fattah dan Fazura sebagai duta produk, pihaknya tidak tahu pasangan yang dikatakan sedang bercinta itu akan berlakon bersama.

Jelasnya, pemilihan duta produk Maydan dilakukan secara profesional dan turut melibatkan senarai pelakon lain dalam pertimbangan.

“Maydan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas Fattah dan Fazura untuk melariskan produk kami. Malah sebelum ini, kami tidak tahu pun mereka akan berlakon sekali.

“Malah saya sendiri jarang menonton televisyen. Selain itu, pemilihan duta produk syarikat dibuat secara profesional dan nama pelakon lain turut dalam senarai pertimbangan ketika pemilihan dibuat.

“Akhirnya, pemilihan dibuat berdasarkan pengaruh peminat yang ramai seperti Fattah dan Fazura pula sebagai wanita matang yang masih menjaga kecantikan dan kekal menawan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Maydan diasaskan oleh Maya bersama adiknya, Dana Hamdan.

Awal September lalu, Maydan telah melancarkan tiga produk asas penjagaan diri yang merangkumi perawatan dalaman dan luaran untuk gaya hidup masakini.

Dua produk dari rangkaian penjagaan rambut ialah Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies yang memilih Fattah sebagai duta.

Fazura pula menjadi duta untuk makanan nutrisi tambahan berbentuk tablet Q-Tab, serta produk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum memilih ELfira Loy sebagai duta.

Fattah Amin

Menurut Maya, pencetus idea untuk Maydan mengeluarkan produk berasaskan sumber semulajadi yang selamat digunakan kerana pihaknya menyedari kehendak pengguna masa kini yang bijak memilih menggunakan produk bebas kimia.

Jelas beliau, setiap rangkaian produk Maydan dihasilkan menggunakan bahan dari sumber alam semulajadi seperti strawberi,acai beri, delima, timun, aloe vera serta pati minyak buah kelapa dan zaitun.

Katanya, ramuan itu dipilih sebagai bahan utama dalam formulasi produk yang dirumus khas dengan teknologi sains kesihatan dan kecantikan.

“Maydan ingin menerajui industri melalui produk berkualiti yang berpiawaian tinggi dengan formulasi tersendiri serta turut menyediakan peruntukan pelaburan dalam program penyelidikan dan pembangunan produk,” tegasnya.

Rangkaian produk Maydan mula berada di pasaran sejak September lalu.

Sementara itu, Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies memberikan penyelesaian untuk masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemumur akibat terdedah kepada sinaran matahari dan penggunaan pelbagai produk penggayaan rambut yang mengandungi bahan kimia.

Manfaat pati minyak kelapa membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan membuatkan rambut tampak bersinar dan membaiki kelembapan kulit kepala di mana kekeringan akan menyebabkan masalah kelemumur serta inyak pohon teh pula menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dari akar.

“Rangkaian syampu dan pelembap ini melengkapkan rejim penjagaan rambut Fattah dengan manfaat alami yang merawat dan menyuburkan rambutnya akibat dari jadual kerjaya yang padat dengan aktiviti pengambaran serta penataan rambut hampir setiap hari.

“Selain daripda manfaat alami produk tersebut, esktrak strawberi di dalam produk tersebut membuatkan rambut harum dan segar sepanjang hari,” ujar Maya.

Selain merawat rambut dari luar, Maydan juga mengeluarkan makanan nutrisi tambahan, Q-Tab yang bertindak merawat rambut dari dalam.

Pemakanan tambahan yang bertindak lebih efektif dalam menyalurkan protein yang diperlukan untuk mahkota yang sihat dan kuat terus kedalam tubuh badan.

“Q-Tab berperisa strawberi ini diperkaya dengan khasiat gabungan buah-buahan seperti acai beri, ekstrak benih anggur dan delima.

“Acai beri menguatkan akar rambut, ekstrak benih anggur berfungsi sebagai ejen penggalak pertumbuhan rambut manakala ekstrak delima memberi manfaat mengurangkan keguguran rambut. Pati minyak zaitun untuk merawat kelemumur juga dirumus bersama di dalam tablet yang mudah dimakan ini.

“Selain merawat rambut dari dalam , Q-Tab juga mengandungi N-Acetyl Cystein Collagen yang merupakan sumber protein yang bukan sahaja bagus untuk rambut, tetapi juga bertindak dalam masa yang sama untuk merawat kuku dan kulit,” katanya.

Menurut pelakon Nur Fazura yang dilantik sebagai duta produk Q-Tab, beliau memilih untuk mengamalkan makanan nutrisi tambahan Q-Tab ini kerana ia adalah satu produk yang komprehensif yang memfokuskan kepada rawatan dari dalam untuk kesihatan rambutnya.

Elfira Loy.

Bagi rangkaian penjagaan wajah pula, Maya memberitahu, Formula Lock It Hydrating Serum dirumus khas dari bahan- bahan alami seperti aloe vera dan timun diadun bersama teknologi sains kecantikan menghasilkan satu formula khas untuk merawat wajah setiap hari.

Jelasnya, aloe vera telah terbukti secara klinikal berkesan untuk memberikan kelembapan tambahan kepada kulit wajah fungsi timun untuk merawat sel-sel kulit mati, menghilangkan kesan jerawat juga kesan garis halus.

“Lock It Hydrating Serum ini juga diperkaya dengan asid hyaluronic yang terkenal didalam teknologi kecantikan dengan kepelbagaian manfaat dalam merawat kesan penuaan,” katanya.

Duta produk Lock It Hydating Serum iaitu Elfira Loy yang juga pengguna tegar serum.

Dalam pada itu, rangkaian produk penjagaan diri Maydan ditawarkan pada harga yang berpatutan kerana Syampu dan Pelembut Rambut Strawberry Smoothies 250ml dijual pada RM 40.00 (setiap satu),

Makanan nutrisi tambahan Q-Tab dijual RM100.00 untuk sebotol (60 biji tablet) manakala Lock It Hydrating Serum boleh didapati dengan harga RM80.00 sekotak (lima botol ampoule bersaiz 4milimeter)

Ketiga-tiga selebriti ini akan terlibat dalam rangka promosi Maydan yang akan menjelajah bandar-bandar besar di seluruh Malaysia termasuk ke negara jiran iaitu Singapura dan Brunei bermula September lalu hingga tahun depan.

Orang ramai yang berminat membeli rangkaian produk Maydan  secara eksklusif daripada senarai pengedar yang sah MAYDAN.

Pihak Maydan juga sedang dalam usaha mencari stokis dan ejen di seluruh negara.

Meraka yang berminat boleh menghubungi talian 016-241 4526.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan aktiviti jenama MAYDAN sila layari www.maydankl.my, dan ikuti akaun media sosial rasmi MAYDAN di Instagram www.instagram.com/maydan.official dan Facebook MAYDAN di www.facebook.com/maydan.official – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast