Dr Sharifah Halimah Jaafar kini berbangga dapat membuka butik pertama produk Camelle di Johor Bahru.

KUALA LUMPUR – Produk jenama Camelle kini mengorak langkah lebih jauh apabila membuka butik fizikal pertama di Johor Bahru dalam usaha mengembangkan operasinya pada masa akan datang.

Pengasas Camelle, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, butik yang terletak di Grand Belllo Hotel itu bakal menjadi pusat sehenti kepada pelanggan bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif.

Beliau menjelaskan, butik yang menelan kos RM20,000 itu bukan sahaja menjual rangkaian produk Camelle, sebaliknya turut menawarkan perkhidmatan konsultan dan urusan tempahan serta pembelian dalam talian.

“Camelle berhasrat menjadi salah satu jenama utama penjagaan kulit di pasaran dan  boleh percayai seperti rakan yang baik kepada pelanggan kami.

“Jadi, kami ingin berkongsi maklumat yang tepat selepas mencipta inovasi baharu penjagaan kulit, budaya dan amalan penjagaan kesihatan dan kecantikkan kulit yang betul kepada pelanggan.

“Apatah kebanyakan pelanggan Camelle di kalangan golongan wanita berusia muda dan pertengahan, profesional dan golongan bekerja yang mahu mengekalkan kulit muda dan mencari penyelesaian kepada masalah kulit mereka mengenai penuaan kulit pramasa.

“Justeru, pembukaan butik pertama di Johor Bahru merupakan langkah tepat untuk kami memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya pada majlis pelancaran butik Camelle itu baru-baru ini.

Camelle merupakan satu jenama produk penjagaan kulit yang dipelopori dan digerakkan oleh doktor perubatan.

Camelle merupakan satu jenama produk penjagaan kulit yang dipelopori dan digerakkan oleh doktor perubatan.

Ia dihasilkan untuk memberikan wanita rangkaian produk penjagaan kulit yang  fokus pada bahan-bahan anti-penuaan dan diperbuat daripada kualiti terbaik, selamat, berkesan, boleh dipercayai dan bebas daripada sebarang unsur-unsur berbahaya dan terlarang.

Produk pertama Camelle adalah Maleficent iaitu anti penuaan.

Mengulas lanjut, Dr Sharifah Halimah memberitahu, ketika ini di pasaran terdapat banyak produk-produk penjagaan kulit dan pengguna tidak tahu produk mana yang sesuai dan selamat untuk digunakan.

Jelasnya, kebanyakan mereka membeli kerana didorong oleh keinginan untuk menyelesaikan masalah kulit mereka secepat mungkin.

Katanya, lebih menyedihkan apabila mereka kurang pengetahuan tentang produk yang sesuai dengan jenis kulit dan permasalahannya serta selamat dan boleh dipercayai.

Butik Camelle yang terletak di Grand Belllo Hotel, Johor Bahru bakal menjadi pusat sehenti kepada pelanggan bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif.

“Sebagai seorang doktor, selalu pesakit saya menanyakan apakah produk penjagaan kulit yang sesuai untuk mereka. Jadi, saya rasa terpanggil untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit yang mungkin boleh membantu menyelesaikan permasalahan kulit wanita dan yang paling utama produk yang selamat, berkesan, boleh dipercayai.

“Saya juga mahu memperkasa wanita dengan ilmu untuk membantu mereka dalam membuat keputusan mengenai penjagaan kulit mereka.

“Impian ini telah membawa kepada terhasilnya jenama Camelle yang diilhamkan daripada pokok teh bunga, bunga ‘Camellia Sinensis’ yang mempunyai bahan anti-penuaan yang paling kuat.

“Ia juga melambangkan kesetiaan, kemudaan yang berpanjangan, kesucian dan keghairahan. Ia adalah ciri-ciri produk penjagaan kulit yang ingin kita hasilkan,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Camelle boleh melayari laman web www.camelleskincare.com; Facebook: CAMELLE dan Instagram: CAMELLE Skincare Solution atau hubungi talian Whatapps (01126005006). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast